"Waktu kenal dia nampak sopan..." -Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

Meskipun bukan saudara kandung, namun khabar yang melaporkan adiknya maut dibunuh teman lelaki benar-benar membuatkan dia sebagai kakak terkejut.

 

Pelik ada kereta polis dan ambulans depan rumah

Menurutnya yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, dia menyedari kejadian itu ketika dihubungi ibu saudaranya kira-kira jam 9 malam.

"Mak saudara yang tinggal berhampiran memaklumkan ada kenderaan polis serta ambulans berada di hadapan rumah mereka."

"Dia bertanyakan kepada polis dan ambulans tujuan datang ke sini sebelum dimaklumkan ada mangsa kes bunuh di rumah ini."

-Liza-

"Dia nampak sopan, tak banyak cakap"

Mengulas tentang hubungan teman lelaki adiknya, Liza dedah pernah bertemu dengan lelaki terbabit pada Mac lalu.

"Arwah ada memperkenalkan lelaki itu kepada kami, namun dia tidak bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka. Berdasarkan perkenalan itu, lelaki berkenaan nampak sopan percakapan serta tidak banyak cakap."

"Meskipun arwah rapat dengan saya, namun dia tidak banyak menceritakan mengenai hubungan dengan teman lelakinya."

"Tetapi baru-baru ini, arwah ada memaklumkan bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya tahun hadapan dan saya tidak nampak hubungan mereka bermasalah."

-Liza-

Tak salahkan mana-mana pihak

Berkenaan hubungannya dengan arwah, Liza memberitahu bahawa adiknya itu adalah anak angkat yang dijaga oleh keluarganya sejak berusia tujuh hari.

"Dia adalah anak angkat dalam keluarga kami yang dijaga sejak berusia tujuh hari dan tinggal bersendirian di rumah ini sejak arwah ibu meninggal September tahun lalu.

"Saya ada mengajaknya tinggal bersama, namun dia menolak kerana sudah biasa tinggal di sana dan amat sayang dengan rumah ini,"

-Liza-

Rentetan peristiwa yang berlaku, Liza menyerahkan semuanya kepada pihak polis dan tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes tersebut.

Untuk makluman juga, difahamkan lelaki terbabit yang berusia 19 tahun bagaimanapun berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen