Kehidupan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20an mengejutkan ramai susulan melihat mereka berteduh di bawah jambatan kerana tidak mampu menyewa.
Merempat lepas hilang kerja
Memetik sumber Harian Metro, pasangan muda itu kehilangan pekerjaan selepas pandemik Covid-19 melanda hingga memaksa mereka keluar rumah yang didiami.
Pun begitu, mereka tidak mahu menyusahkan keluarga mereka yang turut terhimpit dengan masalah kewangan dan memilih untuk hidup sedemikian.
"Ramai yang senasib seperti kami sejak Covid-19 dan keadaan ekonomi juga kurang baik kerana agak sukar dapat kerja.
"Bila ada kerja lokasinya pula jauh apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan. Namun, saya harap dapat peroleh kerja di sekitar kawasan ini untuk ubah nasib kami,"
-Isteri-
"Dah siang pun masih berselimut"
Bagaimanapun, kisah pasangan muda itu sedikit pun tidak meraih simpati warganet, sebaliknya mereka dihujani dengan kecaman dan kritikan.
"Kalau rajin, ada rezeki"
"Lainlah kalau sakit"
Itu kerana mengenangkan sikap mereka yang boleh diklasifikasikan sebagai pemalas, walhal masing-masing masih muda dan sihat tubuh badan untuk mencari pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
"Siapa kita untuk menidakkan"
Pun begitu, sebahagiannya pula lebih memilih untuk bersangka baik kerana menurut mereka rezeki setiap orang itu adalah berbeza.
"Jangan sombong dan angkuh"
Tinggalkan Komen