Depan 11 tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew bakal naik mahkamah September ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Berdepan dengan 11 tuduhan gangguan seksual, pendakwah terkenal, Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom Sabah pada bulan hadapan.

Memetik laporan The Merdeka Times, perbicaraan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irwan Ibrahim akan bermula 27 hingga 30 September depan.

 

Pendakwah berkenaan berdepan dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.  Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, lapor portal The Merdeka Times.

Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.

 

Bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Terdahulu, Abdul Jalil berkata Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu,” katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen