Barang mentah makin mahal, Syarikat Gardenia terpaksa naikkan harga produk

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa selepas ini akan berlaku kenaikan harga terhadap beberapa produk jenama Gardenia.

 

Harga barang mentah mahal

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL) iaitu Koh Chin Huat.

"Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan."

-Koh Chin Huat-

Naik beberapa sen sahaja

Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.

Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.

Mungkin imej teks yang berkata '2022 dihormati, ആസனസക ĐH 11S0 meningkat Kam berterusan sedaya upaya menge epung gandum harga jualan untuk semua arga bahan yang kami. 200 Terima mengekalkan kualiti produk ptimum untuk pelanggan pengguna mengharga sokongan yang berterusan daripada anda. Untuk ebarang keterangan anjut atau pantuan, sila hubungi Yang benar, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. 山us ChinH Huat etua Pegawai Eksekutif Pelabur 23/1 40300 Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tol อ 60၁) 3228 2Lines) 5542 213'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen