4 Langkah Untuk Mengenal Pasti Pasangan Tidak Bercakap Benar.

Apakah langkah-langkah untuk mengetahui si dia cuba untuk menipu anda?


1. Tingkah laku yang tidak konsisten.

Setiap kali anda merasakan sesuatu perkara yang mencurigakan, tanyakan soalan ini pada anda sendiri “Adakah perkara yang dia lakukan selari dengan situasi sebenar?” seperti si dia mengatakan pada anda bahawa dia akan tidur pada 11 malam, beberapa saat kemudian  anda cuba membuat panggilan tetapi dia tidak menjawab panggilan anda. Bagaimana, seseorang boleh terlelap dengan sekelip mata, bukan? Tambahan, si dia seperti terlalu menekankan, bahawa dia rindukan anda, dan akan berbual dengan anda pada esok hari.

Sebagai manusia, kita mempunyai tabiat yang konsisten setiap hari dan anda mampu mengingati segala tabiat anda setiap saat dan minit. Jika hubungan yang terjalin sudah lama, sudah pasti anda mengetahui tabiat si dia, bukan? Maksudnya anda pasti ia bukan la sesuatu yang normal jika dia melakukan sesuatu yang di luar tabiatnya.

2. Persoalan yang perlu di perjelaskan.

Sebarang perkara yang mencurigakan sehingga meninggalkan persoalan dan tanda tanya, anda perlu melihat ke mata si dia. Adakah si dia ragu-ragu untuk menjawab segala persoalan anda? Adakah mata dia meliar sambil mengusik hidung dan telinga serentak? Itu tanda-tanda yang si dia cuba memberitahu perkara yang tidak benar. Tetapi jangan pula anda cuba menuduh si dia melulu, tanpa langkah yang seterusnya.

Namun, memang sangat meragukan apabila si dia menjawab, pada pukul 11 malam si dia terlena, tetapi semasa anda membuat panggilan dan tidak terjawab, si dia memberitahu dia ke toilet sebenarnya. Tetapi kenapa si dia masih tidak menjawab panggilan yang kedua walaupun masih belum terlena? Persoalan yang meragukan, dan dia mengambil masa untuk menjawab.

3. Jalan cerita yang tidak konsisten.

Tingkah laku yang tidak konsisten, ragu-ragu dengan persoalan anda, seterusnya si dia cuba memberitahu anda bahawa telefon bimbitnya di letakkan di bawah bantal, sudah tentu dia tidak dapat mendengar.” Tiada vibrate?” Soal anda. Dan si dia menjawab, “oh, silent” ada sahaja alasan, dan cerita seperti ditokok tambah.

4. Menunjukkan kurangnya rasa percaya anda pada si dia.

Apabila anda sudah lakukan 3 langkah di atas, sekarang anda boleh menunjukkan rasa tidak percaya kepada si dia. Situasi ini bakal menunjukkan si dia akan cuba menyatakan hal sebenar. Tetapi jika si dia sering berdolak dalik, pastikan bukti anda cukup untuk menuduh si dia. Di sini lah kita boleh tahu kepercayaan dan kejujuran seseorang.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen