Lihat berdasarkan pengalaman, pakar bedah sahkan kesan lecur mungkin sebab air panas

Mengikuti perkembangan lanjut kes penderaan membabitkan seorang remaja Sindrome Down bernama Bella, Harian Metro melaporkan bahawa kesan melevur di bahagian tangannya kemungkinan besar disebabkan oleh air panas.

 

Kesan lecur mungkin sebab air panas

Menurut Pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu Dr Salmi Mohamed Shukur berkata itu berdasarkan laporan diberikan oleh pegawai perubatan, Dr Sheshadri yang merawat remaja terbabit.

"Saya melihat ada dua kawasan luka masing-masing di tangan kanan dan kiri yang mana tangan kiri melecur satu peratus manakala tangan kanan melecur 0.5 peratus."

"Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah dah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah.

"Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian. Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia,"

-Dr Salmi-

Mungkin imej 4 orang

 

"Dia menangis, tak gembira"

Berkongsi pula tentang keadaan Bella, Dr Salmi memberitahu remaja itu menangis dan tidak gembira ketika menjalani rawatan.

"Semasa dirawat kita (pegawai perubatan) terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan... Dia (Bella) tidak happy (gembira) mungkin sakit sebab itu Bella menangis,"

-Dr Salmi-

 

Tambah Salmi lagi, dia melihat terdapat beberapa parut luka matang yang sembuh sekitar badan dan tangan remaja itu.

Katanya, luka di tangan kanan mengambil masa sebulan untuk sembuh, manakala luka di tangan kiri pula mengambil masa enam minggu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen