Faham dengan bebanan tugas, kenaikan gaji dan cuti tambahan 'hadiah' untuk penjawat awam

Waktu yang ditunggu telahpun tiba, hari ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media telah mengumumkan beberapa berita gembira untuk semua penjawat awam.

 

Kenaikan gaji mulai Januari 2023

Antara perkara yang diumumkan adalah penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 di negara ini bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari tahun depan.

Pengumuman itu bakan dimanfaatkan oleh seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

"Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,"

-Ismail Sabri-

Cuti rehat bertambah

Selain itu, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan 'award' wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

"Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti itu disimpan bagi tujuan award wang tunai pada masa persaraan sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,"

Ujarnya, kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti tahunan mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen