Nangis tersalah 'transfer' duit, gadis buntu penerima enggan pulangkan, suruh anggap sedekah

Niat ingin berkongsi rezeki dengan mak, namun lain pula ujian menimpa gadis ini apabila dia membuat transaksi ke nombor akaun yang salah.

 

Ralat tersalah 'transfer' duit

Mengikuti lanjut kejadian itu, gadis tersebut gagal menyembunyikan rasa sedih dan terkilannya apabila hasratnya ingin memberi sedikit duit gaji pertamanya pada hari itu tidak kesampaian.

 

@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

 

Dia dengan penuh yakin memberitahu maknya bahawa duit telah dipindahkan ke akaun wanita berkenaan, namun alangkah terkejutnya dia apabila dimaklumkan tiada sebarang pemindahan wang dibuat ke dalam akaun emaknya.

Penerima suruh sedekah?

Gadis berkenaan mengakui kekhilafannya kerana tidak membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum meneruskan transaksi.

Bagaimanapun, apa yang lebih membuatnya terkilan individu yang menerima duit tersebut enggan mengembalikan semula, sebaliknya meminta dia ikhlas dan menganggap itu adalah sedekah.

"Pergi buat laporan polis"

Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta gadis itu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

"Senangnya kata sedekah"

"Moga terbuka hati nak pulangkan"

"Tak guna report, kecuaian sendiri"

Namun, ada pula yang mengatakan bahawa kes tersebut agak sulit untuk dibawa ke balai memadangkan kejadian berlaku atas kecuaian sendiri.

"Sampai sekarang tak dapat"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen