Gara2 kritik konsert waktu khutbah, bekas Imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun

Media Arab Saudi menggemparkan umat Islam ketika ini apabila pihaknya melaporkan bekas Imam Masjidil Haram berdepan hukuman penjara 10 tahun.

 

Mahkamah batal rayuan Sheikh Saleh

Memetik sumber, hukuman tersebut dijatuhkan ke atas Sheikh Saleh Mohammed al-Talib selepas mendapati beliau mengkritik Pihak Berkuasa Hiburan di dalam khutbahnya.

Lebih mengejutkan, Mahkamah rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh sekaligus menyaksikan hukuman penjara terhadapnya dikekalkan.

 

Ditangkap selepas khutbah

Untuk makluman, Sheikh Saleh telah ditangkap pada Ogos 2018, namun tiada penjelasan rasmi yang dikeluarkan di atas penahannya.

Pada masa itu, kumpulan advokasi media sosial, Prisoners Of Conscience yang menjadi saksi penangkapan pendakwah itu mendakwa, Sheikh Saleh ditahan sebaik sahaja beliau selesai menyampaikan khutbah bertajuk kewajiban dalam Islam bersuara menentang kejahatan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen