Terkejut dapat 'surprise' hari jadi, air muka cikgu terus berubah lepas tahu pengirimnya

Lazimnya, kita akan berasa teruja apabila menerima sesuatu kejutan, lebih-lebih lagi apabila menjelang hari istimewa.

Begitulah juga dengan cikgu Akil, namun ekspresinya berubah sekelip mata selepas mengetahui nama pengirim yang membuat kejutan untuknya pada hari itu.

 

Cikgu nangis terima kejutan hari jadi

Mengikuti perkongsian slipperzechin, memaparkan detik bilamana guru lelaki tersebut nangis terduduk selepas membaca kad ucapan yang dihulurkan kepadanya.

 

@slipperzechin Replying to @emilythestranger01 aku dh post part 2 ..aku sebak wey..alfatihah utk ipan #tiktokmalaysia #fyp #fypシ゚viral #cikgu ♬ original sound - kampungGirl - slipperzechin

 

Dedah pemilik akaun yang juga merupakan penghantar kejutan itu, pengirim rahsia tersebut adalah keluarga kepada arwah Ipan.

Sempat mesej cikgu sebelum 'pergi'

Dia merupakan seorang pelajar tingkatan lima yang telah meninggal dunia bulan lalu disebabkan kemalangan dan kejutan tersebut dikirim khas daripada keluarga arwah untuk cikgu Akil yang menurutnya adalah guru kesayangan Ipan.

 

 

Tulis pemilik akaun, awalnya dia enggan mengambil tempahan tersebut apabila mengetahui pengirimnya sudah tiada, bukan kerana tolak rezeki tetapi kerana tidak kuat berdepan detik kejadian nanti.

"Aku pula yang nangis"

Pun begitu, dia tetap memenuhi hajat keluarga arwah dan seperti diduga air matanya tumpah jua apabila melihat reaksi guru berkenaan.

Malah, warganet juga luah perkara yang sama bilamana rata-ratanya tersentuh dengan cara arwah Ipan menyantuni gurunya, hatta jasadnya tidak lagi kelihatan di dunia nyata.

 

"Jatuh air mata jantan aku"

"Moga tenang di sana"

Dalam waktu sama, mereka turut titip doa buat arwah Ipan agar rohnya tenang di alam sana.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen