"Mahkamah buat keputusan tepat..." -Anak respon kes rasuah Rosmah Mansor

Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Azrene Ahmad menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi terhadap ibunya adalah keputusan yang tepat.

 

"Kita perlu percaya fakta"

Ulasnya menerusi hantaran di Instagram, keputusan mahkamah perlu dihormati dan jika perlu dia ingin perkara tersebut habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Azrene Ahmad (@azrene_ahmad)

 

“Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.

“Sebagai seorang kanak-kanak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir."

-Azrene Ahmad-

 

"Walaupun mereka keluarga"

Azrene yang berkahwin dengan cef selebriti Fazley Yaakob berkata, dia telah menerima pelbagai kenyataan sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional empat tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana ia adalah tanggungjawab sebagai manusia dan rakyat.

“Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif yang ditentukan oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah - terutamanya apabila ia berkaitan dengan pemimpin (termasuk pasangan); walaupun mereka adalah keluarga,”

 

Doakan yang terbaik

Dalam waktu sama, beliau juga akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik berhubung kes yang terpalit terhadap Rosmah serta Najib.

“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk,”

 

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah-sekolah Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada isteri bekas perdana menteri Najib Razak, walaupun ini ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen