Tegur pelakon remaja jangan sebar aib, netizen berdebat pertikai pendapat Menteri Agama?

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial akan pendedahan seorang pelakon remaja berkenaan sikap bapanya yang didakwa telah melakukan perkara tidak senonoh terhadap darah dagingnya sendiri.

Di sebalik pendedahan itu, ramai akui terkejut dan tidak menyangka penderitaan yang telah dilalui oleh pelakon itu dan ibunya, namun tak kurang juga yang menyelar tindankannya yang dianggap telah membuka aib sendiri.

 

"Sepatutnya tutub aib"

Tampil dengan pendapatnya, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menegur pelakon itu untuk menutup aib sendiri dengan tidak mendedahkannya kepada orang ramai.

"Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.

-Idris Ahmad-

Polis lebih bertanggungjawab

Menurutnya, remaja berkenaan sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

"Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,"

-Idris Ahmad-

 

"Tak faham jenayah seksual"

Bagaimanapun, ada pula pihak yang kurang berkenaan dengan kenyataan beliau kerana kejadian sebegitu seharusnya didedahkan untuk memberi kesedaran kepada individu berdepan nasib sama.

 

"Kita nak beri kesedaran"

"Dia cuma berkongsi..."

 

 "Kalau jenayah buatlah laporan"

Dalam waktu sama, ada juga yang memihak kepada pandangan Idris Ahmad agar 'mangsa' lebih menjaga aib ayah kandungnya.

 

"Betullah dia cakap tu"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen