"Kami tak paksa Aqish..." -Bros Gang ralat dituduh eksploitasi mangsa gangguan seksual

Sejak kebelakangan ini, nama Puteri Balqis terus menerus menjadi bualan di setiap platform media sosial.

Demikian susulan tular pendedahannya berkenaan kisah hitam yang terjadi kepadanya sewaktu berusia 6 tahun apabila menjadi mangsa gangguan seksual bapa sendiri.

 

Terkejut dituduh ambil kesempatan

Turut terpalit sama adalah pemilik akaun Youtube 'Bros Gang TV', bilamana pihaknya telah dituduh melakukan cubaan mengeksploitasi pelakon remaja berkenaan.

 

 

Bagaimanapun, pihaknya tidak berdiam diri, sebaliknya bertegas bahawa mereka tidak seperti yang didakwa oleh wanita yang juga merupakan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Raj Karim.

"Kami tak paksa Aqish!"

Tambah mereka, Puteri Balqis (Aqish) sendiri yang ingin berkongsi tentang kisah hidupnya kerana terlalu lama memendam perasaan, malah pihak Aqish juga memberi keizinan untuk menyiarkan 'podcast' itu.

"Banyak kali kami bertanya pada ibu dan Aqish sendiri perihal ni. Aqish sendiri yang cakap dia tak tahan memendam perasaan..."

Susulan kontroversi itu, pihak bros gang bagaimanapun memaklumkan bahawa kes berkenaan telahpun berada dalam siasatan polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen