Kecewa Apabila Cinta Putus Di Tengah Jalan, Lima Sebab Sedih Yang Berpanjangan Itu Bahaya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seseorang yang kehilangan sesuatu yang dikasihi atau dicintai pasti akan merasa sedih. Tidak kiralah adakah ia haiwan, benda mahupun manusia. Pasti kehilangannya akan dirasai. Tetapi jika hubungan cinta yang kita bina tidak berakhir dengan bahagia pula tidak hanya merasa kesedihan malah turut rasa kecewa yang amat mendalam.

Ramai yang beranggapan, sesetengah orang berhak mengambil masa yang lama untuk menghilangkan rasa sedihnya itu. Namun sebenarnya, rasa sedih yang berpanjangan itu mampu menjejaskan psikologi seseorang individu.

"Maka Kami telah mengizinkan doanya dan menyelamatkannya dari kesedihan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (Surat al-Anbiya`: 88).




1. Menjauhkan diri daripada Pencipta.

Kesedihan dan kekecewaan adalah bahaya jika ia berlarutan. Terdapat bahaya yang perlu dititik beratkan. Ia mampu menjauhkan diri daripada Pencipta. Kesedihan dan kekecewaan akan membuat kita semakin jauh dari Allahs.w.t. ia juga mampu membuat kita melupakan segala kewajipan yang harus dilakukan. Tidak lupa juga, kesedihan ini juga mampu membuat kita melakukan perkara-perkara yang negatif.

" Kekecohan itu jauh dari Tuhan, jauh dari Syurga, dan jauh dari manusia". (HR At-Tirmidhi).

2. Kelihatan sedih.

Wajah yang dahulunya ceria kita telah bertukar menjadi sedih. Sememangnya semua manusia mempunyai sifat yang sedih tetapi jangan dibiarkan berpanjangan, kerana ia mampu mengubah seseorang yang berseri menjadi seorang yang muram dan tidak berkeyakinan. Terutama jika kesedihan yang berpanjangan. Percaya bahawa Allah sentiasa anda bersamamu.

" Jangan sedih, Tuhan ada bersama kami. "(At-Taubah: 40)

3. Tidak ada fokus.

Apabila kita berada di dalam perasaan yang bersahaja mahupun ceria, pasti kita mampu menumpukan setiap tugas yang dilakukan. Tetapi jika dalam kesedihan ataupun kekecewaan, pasti perasaan akan melayang dan membuat kita hilang fokus terhadap sesuatu. Maka, hasil kerja juga akan menjadi merudum dan akan memusnahkan diri anda.

" Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman akan melihat perbuatan kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, dan Dia akan memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan " (At-Taubah: 105)

4. Menjadi pendiam.

Kekecewaan dan kesedihan itu juga mampu membuat seseorang itu menjadi pendiam. Jika dahulunya mereka ini kurang bercakap tapi kini mereka tidak bercakap langsung dengan sesiapa sahaja melainkan perkara yang penting. Jika dia aktif berkata-kata, kesedihan yang ada pada dirinya akan mula menghilang sedikit demi sedikit. Maka jangan lah bersedih yang berpanjangan.

5. Ingin bersendirian.

Perasaan sedih yang berlarutan akan membuat seseorang itu sentiasa inginkan bersendirian. Baginya apabila bersendirian, rasa sedihnya akan hilang. Namun tahukah anda, jika mereka ini bersendirian dan sentiasa mengurungkan dirinya. Kesedihan yang dialaminya itu akan makin parah dan berlanjutan. Bersendirian itu boleh, tapi janganlah mengambil masa yang lama.

Tidak salah jika ingin bersedih, semua orang berhak untuk merasa sedih. Semua orang juga berhak untuk mengambil masa tangani kesedihan tetapi jangan lah kesedihan yang panjang. Kesedihan dan kekecewaan yang panjang ini hanya akan memudaratkan diri sendiri sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen