Pengunjung luah teruja, pertama kali kedai hidang nasi goreng susu

Sebuah kedai makan yang dipercayai berada di Alor Setar membawa kelainan dalam menu hidangan mereka iaitu nasi goreng susu.

Bukan susu cair, tetapi mereka menggunakan susu pekat untuk sajian berkenaan yang mana sekaligus berjaya menjadi tarikan pengunjung untuk mencubanya.

 

Nasi goreng susu jadi perhatian

Dia bernama Bella Zahir Zain, ada berkongsi pengalaman menikmati hidangan berkenaan bersama dengan ahli keluarganya.

@bellazahirzain first time dalam hidup try nasi goreng susu pekat! kami memang suka susu pekat. cicah dengan roti canai, dengan ketupat tapi NASI GORENG SUSU PEKAT?!!!! 😭 kalau sedap kami bagitau okay? #nasigoreng #foodiemy #fyp #alorsetar ♬ Tiba-Tiba Speed Up - liriklaguツ

 

Bagaimanapun, Bella hanya memesan sepinggan sahaja memandangkan mereka baru ingin mencuba sama ada kena atau tidak dengan tekak masing-masing.

Pertama kali cuba

Melihat hidangan tersebut, kelihatannya tiada beza dengan nasi goreng lain, cuma tukang masak itu menambah susu pekat sahaja yang mana kebiasaannya digunakan untuk bancuh air atau makanan manisan.

 

@bellazahirzain tbh, it's not that bad 😅 rasa nasi goreng extra manis and berlemak. tapi kalau makan dengan sambal belacan, maybe dia balance out the extra sweetness from susu pekat. #nasigoreng #fyp #foodiemy #foodie #alorsetar ♬ Tiba-Tiba Speed Up - liriklaguツ

 

Bagi yang pertama kali dengar, mungkin akan teruja ingin mengetahui sejauh mana keenakannya dan menerusi perkongsian Bella yang lain pula dapat saksikan reaksi keluarganya setelah mencuba hidangan itu.

 

 "Nasi goreng milo satu!"

Menjengah ke ruangan komen, ramai pula membahan nasi goreng tersebut dengan menyamakannya dengan resepi milo ais mengenangkan bahan yang digunakan salin tak tumpah seperti air itu.

 

"Kalau nak sejuk letak ais ke?"

 "Rasa bersalah tak nak makan?"

"Tak boleh bayangkan"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen