Berisiko dapat penyakit teruk, KKM syor ibu hamil, menyusu anak ambil dos penggalak kedua

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludian berkata wanita mengandung dikategorikan sebagai golongan rentan kerana berisiko tinggi mendapat penyakit teruk akibat jangkitan Covid-19.

 

KKM saran dos penggalak kedua

Justeru itu, golongan itu digalakkan menyahut saranan daripada Kementeri an Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan dos penggalak kedua Messenger Asid Ribonukleik atau MrNA.

"Data sedia ada menunjukkan bahawa vaksin mRNA berkesan mengurangkan risiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk semasa kehamilan."

"Antibodi yang dihasilkan selepas wanita mengandung itu mengambil vaksin turut dikesan pada bayi dan boleh membantu melindungi bayi terbabit daripada jangkitan COVID-19," 

-Khairy Jamaludin-

 

Tiada risiko membimbangkan

Sementara itu, berhubung aspek keselamatan pula Khairy menjelaskan bahawa vaksin sedia ada juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan risiko keguguran, komplikasi kehamilan dan kecacatan  kelahiran.

"Mereka juga boleh menerima dos penggalak kedua pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan."

"Saranan ini juga selari dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut mengesyorkan pemberian dos penggalak kedua untuk wanita yang hamil,"

-Khairy Jamaludin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen