Anggap orang buang kenangan lama, netizen perbetul fahaman penyelam mat saleh. -"Itu barang sihir"

Jangan tak percaya, penggunaan ilmu hitam di zaman moden ini masih berleluasa dan berkembang biak.

Kebiasaannya, mereka berbuat demikian demi mendapatkan apa yang diidamkan dalam tempoh waktu yang singkat sehingga sanggup tolak tepi bab hukum bagi yang beragama Islam.

 

Mat Saleh 'unboxing' benda pelik dalam laut

Berkongsi pengalaman, sekumpulan penyelam 'mat saleh' mengejutkan ramai apabila mereka menemui sesuatu yang  pelik di dalam laut.

 

@underwater.exploration_ #underwater #treasure #scubadiving #fyp ♬ original sound - Underwater

 

Menerusi sorotan itu, kelihatan sebiji kentang bersaiz besar sudah kotor sepertinya telah terkena lumpur dan lebih menguatkan lagi rasa ingin tahu mereka apabila melihat kentang itu berada dalam keadaan diikat dengan tali

Ada gambar lama dan kain kuning

Usai dibuka, alangkah terkejutnya warganet apabila mendapati benda yang ditemui oleh pasukan penyelam itu terkait dengan penggunaan ilmu hitam atau sihir.

Di dalam kentang itu pula, terdapat sekeping gambar seseorang dan dua helai gumpalan yang dipercayai kain berwarna kuning.

Bagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa barang yang ditemui terkait dengan perkara ghaib, malah salah seorang dari mereka beranggapan itu adalah kenangan lama yang ingin dilupuskan.

 

"Selamat nyawa seseorang"

Menjengah ke ruangan komen, ramai pula berterima kasih kepada mereka kerana dianggap telah menyelamatkan nyawa seseorang yang mungkin menjadi mangsa perbuatan jahat itu.

 

"Terus buat macam ni"

'Itu barang sihir"

Baik dari dalam atau luar negara, semuanya tahu bahawa apa yang ditemui adalah sesuatu yang tidak elok.

 

"Sepatutnya tak sentuh pakai tangan"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen