Trauma dengan peristiwa lalu, Aqish dan ibu dibawa ke pusat psikitari?

Lantaran pendedahan yang dibuat, sumber memaklumkan bahawa Puteri Balqis (Aqish) dan ibunya, Norasihikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di Kuala Lumpur, semalam.

 

Aqish dan ibu jumpa pakar psikitari?

Difahamkan, kedua-dua mereka bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani rawatan.

Sementara itu, hasil laporan kesihatan pula mendapati masing-masing disahkan mengalami gangguan dan tekanan selepas trauma atau PTSD.

"Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam, Aqish dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakat psikiatri."

"Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku."

"Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis."

-Sumber-

Kes kini dalam siasatan

Terdahulu, pelakon remaja itu mengejutkan peminat dan seluruh industri hiburan apabila membuat pendedahan pernah menjadi mangsa cabul bapanya menerusi satu program temu bual.

Bagaimanapun, bapanya menafikan dakwaan tersebut dengan membuat satu laporan polis.

Selang beberapa hari kemudian, anaknya pula membuat laporan berhubuns kes berkenaan dan kini kes berada dalam siasatan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen