Bomba jalan ingatkan polis bagi laluan, rupanya sedang bertugas 'escort' kereta VIP

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman menyaksikan kemalangan melibatkan sebuah motosikal milik Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang anggota polis turut berada sebelum kejadian yang mana ketika itu sedang mengawal trafik di lampu isyarat.

 

Bertembung sebab salah faham

Menurut Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim, anggota polis trafik terlibat telah ditugaskan untuk mengiiringi kenderaan Toyota Alphard berkenaan dari arah Bukit Besar.

“Mereka mengawal aliran trafik bagi memberi laluan kenderaan yang diiring (Toyota Alphard) meneruskan perjalanan ke Jalan Tengku Mizan di sini.

Sementara itu, dua buah motosikal Bomba yang datang dari arah Jalan Kemajuan pula beranggapan polis trafik itu memberi laluan kepada mereka, rupanya sedang ditugaskan untuk mengiiringi Alphard tersebut sekaligus menyebabkan berlakunya pertembungan.

“Pada masa sama, dua buah motosikal JBPM tiba dari arah Jalan Kemajuan telah meneruskan perjalanan kerana menyangkakan kawalan trafik di persimpangan lampu isyarat itu bertujuan memberi laluan kepada mereka,”

 

 

Anggota bomba  cedera ringan

Dalam kejadian itu pada jam 2.30 petang itu, anggota terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Mungkin imej 6 orang, orang berdiri, kereta dan jalan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen