Dakwa Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad? Ustaz perbetul fahaman orang ramai

Dahulu, sebuah akhbar Maghribi pernah mendakwa bahawa Ratu Elizabeth II mempunyai leluhur daripada keturunan Nabi Muhammad.

Untuk makluman, teori itu bukanlah pertama kali dibahaskan, bahkan telah muncul seawal tahun 1986 lagi.

 

Konspirasi Ratu Elizabeth keturunan Nabi Muhammad jadi bualan

Menerusi sumber yang diperoleh dari portal Vocket, ketika itu penulis salasilah keluarga ratu, Harold B. Brooks-Baker, penerbit Burke's Peerage, panduan Britain kepada golongan bangsawan telah mengeluarkan dakwaan ini.

Teori Brooks-Baker ini muncul apabila dia menghubungkan Ratu Elizabeth dan Nabi Muhammad melalui Zaida dari Seville, seorang puteri Islam dari abad ke-11 yang memeluk agama Kristian dan menjadi gundik kepada Raja Alfonso VI. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.

Abdelhamid Al-Aouni, ahli sejarah yang menulis artikel untuk Al-Ousboue, turut berpegang kepada teori bahawa Ratu Elizabeth, Zaida dan Nabi Muhammad ada hubungannya.

Dakwaan ini turut disambut baik oleh orang-orang seperti Ali Gomaa, seorang ulama Islam dan Mufti Besar Mesir ke-18. Dia mencatatkan hubungan itu dan mendoakan Elizabeth rahmat dan keamanan.

 

"Cukup beri penghormatan"

Walau bagaimanapun, seorang ustaz bernama Abu Maryam Nazri ada menulis dalam satu hantarannya di Facebook mengatakan bahawa poster salasilah yang tular adalah palsu.

 

 

Ujarnya, cukup kita sebagai orang Islam memberi penghormatan dan takziah atas kematian Queen Elizabeth II, tidak lebih dari itu.

"Kita tidak memerlukan mana-mana tokoh untuk menzahirkan kemuliaan Islam, apatah lagi tokoh yang kematiannya dizahirkan sebagai seorang yang tak menerima Allah sebagai Tuhan yang Esa."

Pangeran Philip: Ratu Elizabeth II dan rakyat Inggris ucapkan perpisahan  pada Duke of Edinburgh - BBC News Indonesia

  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen