Hampir sejam tunggu 'order', wanita baling botol kaca waktu 'rider' tanya bila nak siap

Kekurangan tenaga kerja antara punca menyebabkan banyak premis di luar sana gagal menyiapkan pesanan tepat pada waktunya.

Namun, sebagai seorang pelanggan ataupun 'rider' janganlah pula terlalu mendesak mereka untuk mempercepatkan servis kerana tidak semua orang mampu berbuat demikian dan mungkin hasilnya nanti kurang memuaskan.

 

Hampir sejam 'order' tak siap

Mengambil pendekatan dari video yang dimuat naik oleh Malaysia Update, dapat kita saksikan 'pertelingkahan' yang berlaku melibatkan seorang wanita yang dipercayai pembantu tukang masak dengan pelanggannya yang dipercayai seorang 'rider'.

 

@malaysianupdatenews Cakap elok2 kan boleh kak 😌 #malaysianupdate #videoviral #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - Malaysian Update

 

Dalam paparan itu, wanita berkenaan mengamuk apabila ditanya oleh 'rider' berkenaan pesanannya yang belum siap sejak 50 minit yang lalu.

Lebih mengejutkan, dia bertindak membaling botol kaca ke arah 'rider' tadi sebagai tanda ingin lepas geram, namun mujur sempat dielak.

 

"Lama juga tu"

Walau bagaimanapun, netizen tetap berpihak kepada 'rider' berkenaan kerana berpendapat bahawa 50 minit itu terlalu lama untuk tukang masak menyiapkan makanan.

 

"Kalau aku dah blah"

"Mulut kena jaga..." 

Selain itu, mereka juga ada menegur sikap wanita berkenaan yang sepatutnya perlu tenang dan menjaga adab selama mana pelanggan tidak bertindak melampaui batas.

 

"Nak marah kena sabar"

"Tolak ansur sikit"

 

Adapun begitu, adalah seeloknya orang ramai tidak mencemuh atau mengkritik mana-mana pihak kerana kita tidak tahu kisah sebenar di sebalik video tular.

Malah, sorotan yang dikongsi juga tidak penuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen