Yakin boleh lepas lalu lorong kereta, pemandu lori terciduk peti ais melambung kena palang tol

Tindakan semborono seorang pemandu lori mengundang padah apabila muatan yang dibawa bersamanya tercampak keluar selepas terkena palang had ketinggian laluan tol.

 

Menerusi video berdurasi 45 saat, menyaksikan detik sebelum kejadian bilamana lori putih yang membawa peti ais itu memandu laju menggunakan lorong kereta.

 

 

Akibatnya, peti ais yang dibawa melambung dek terkena palang. namun menurut sumber barang elektronik berkenaan tidak terkeluar dari belakang lori tersebut.

 

"Kesian pula pemandu tu"

Mengenangkan keadaan peti ais itu yang tidak tahu boleh hidup atau tidak membuatkan netizen luah simpati kepada pemandu lori tersebut.

"Lupa ke bawa lori?"

"Jahanam barang orang"

 

"Kesian kena ganti nanti"

Itu kerana memikirkan kos kerosakan yang mungkin perlu ditanggungnya atau terpaksa dibuang kerja kerana kecuaian diri sendiri.

 

"Ikutlah lorong"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen