Kesihatan bapa merosot, anak rayu penjara dan kerajaan benarkan Najib terima rawatan

Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu kepada kerajaan dan pihak penjara agar membenarkan beliau menerima rawatan dan pemerhatian perubatan.

 

Keluarga rayu Najib terima rawatan

Tampil dalam kenyataannya, anak bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa memberitahu, doktor menemui banyak ulser baharu di bahagian dalam perut bapanya yang merupakan masalah sama berulang sejak 15 tahun lalu.

“Daddy (Najib) ada buat endoskopi hari Sabtu lepas, doktor di Hospital Kuala Lumpur juga melakukan biopsi dan ulser terpaksa ‘klip’ untuk menghentikan pendarahan."

Kesihatan makin merosot

Perkata itu juga menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Najib tidak berada dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.

“Kemudian, Daddy minta untuk menjalani pemerhatian di HKL, tetapi ditolak. Doktor discaj dan beliau hadir ke mahkamah pagi tadi,” 

“Pemeriksaan pada pagi tadi oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah daddy sangat tinggi, mungkin disebabkan oleh pertukaran ubat yang telah dilakukan,”

-Nooryana Najwa-

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi diberitahu Najib perlu dirujuk ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan ekoran keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Sementara itu, pegawai penjara pula memaklumkan bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diambil tertukar sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen