Tengking staf makan sambil kerja, netizen tegur, suruh majikan jaga adab. -"Elok sikit kak..."

Bagi seorang usahawan, mereka tahu betapa susahnya untuk mencipta nama produk agar dikenali ramai. 

Bercerita tentang risiko dan cabaran, tipu lah kalau mental tak koyak tetapi mengenangkan penat lelah pekerja yang bersama berjuang dari awal, tidak berbaloi rasanya untuk mereka  berputus asa.

 

Majikan tengking pekerja

Jadi, tidak hairanlah jika wanita ini terlalu menjaga kualiti produknya sehingga berani meninggikan suaranya menengking salah seorang pekerja yang didapati makan sambil menjahit baju.

 

@mariyahholdings Replying to @viejielatha makan je . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak ♬ original sound - mariyahholdings - Kilang Jahit Pukal

 

Menerusi video yang dimuat naik, menyaksikan suasana di dalam ruang menjahit itu tegang seketika apabila wanita berkenaan yang juga merupakan usahawan kain memarahi pekerjanya.

"Kenapa time kerja you makan?!"

Lebih membuatnya bengang apabila makanan ringan yang dibawa masuk oleh pekerja itu diletakkan di atas kain baju kerana bimbang mengalami kotoran.

"You fokus kerja, bukan makan...time makan saya bagi makan."

"Kenapa time kerja, you makan?"

"You jahit betul-betul...jahit cantik-cantik...bulan ni saya nak 30,030 ribu faham, betul-betul jahit jangan salah..."

"Stres kerja macam ni"

Bagaimanapun, ketegasan yang ditunjukkan kepada pekerjanya dianggap sinis pula oleh sebilangan netizen bilamana mereka merasakan caranya itu terlalu berlebihan dan biadap.

 

"Gaji RM10K pun aku berhenti"

"Keterlaluan sangat"

"Jangan buat pekerja benci"

Malah, ada juga yang menegurnya supaya tidak sombong dengan sentiasa menjaga adab, hatta dengan pekerja bawahan sekalipun.

 

"Adab cerminan kita"

 

"Madam marah kalau buat salah..."

Tampil dalam video baru, wanita itu kemudiannya menemui kembali pekerja yang dimarahinya tempoh hari sekaligus bagi menjernihkan semula keadaan.

Ujar pekerjanya yang sudah 6 tahun berkhidmat, madam memang seorang yang tegas dan hanya akan marah jika ada yang berbuat silap sepertinya beberapa hari lalu.

 

@mariyahholdings Replying to @Nobody madam da baik korang nak garang pulak haih . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak ♬ Sounds like a mystery music box - Yohei

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen