Lelaki tak puas hati, nasi lemak RM1 kecil sangat. -Makan 2 sudu dah habis..."

Melihat kenaikan harga barangan ketika ini, rasanya tidak wajar lagi untuk kita sebagai pengguna atau pembeli merungut atau memberontak apabila peniaga makanan di luar sana turut menaikkan harga produk mereka.

Namun, lain pula ceritanya jika perubahan harga yang berlaku dilihat agak keterlaluan dan aduan juga boleh dibuat bagi melaporkan perkara itu.

 

Nasi lemak mini jadi bualan

Berkongsi kisahnya, dia bernama Fauzi Fiqah ada memuat naik sebuah video menyaksikan saiz sebungkus nasi lemak berharga RM1 yang sangat kecil.

 

@qichfaucy Nasi lemak RM1 dua sudu je 😂#nasilemakRM1 #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal - Fauzi Fiqah

 

Melihat pula isi di dalam bungkusan itu, nasi lemak yang dibeli bagaimanapun dilengkapi dengan sambal, telur dibelah 4 dan beberapa ekor ikan bilis.

"Nak banyak masak sendiri"

Tulisnya, saiz hidangan itu hanya boleh dimakan sebanyak dua sudu sahaja kerana terlalu mini dan boleh dikatakan tidak pernah lagi jumpa peniaga menjual nasi lemak sebegitu.

 

Hal itu sekaligus membuatkan netizen menyelar luahan lelaki terbabit kerana terlalu cerewet dan banyak 'bunyi' sehingga ada yang meminta dia masak sendiri.

"Banyak bunyi pula"

"Kesian peniaga tu"

Dalam waktu sama, mereka juga bersimpati dengan nasib peniaga nasi lemak itu dan meminta agar orang ramai tidak mengecamnya.

"Ini tahun 2022 bang"

 

 

Melihat perkongsian itu, dapat kita simpulkan betapa peniaga juga terkesan dengan peningkatan harga barangan di pasaran.

Tak salah untuk berkira-kira kerana hanya mereka lebih tahu betapa susahnya ingin terus bertahan dalam dunia perniagaan di zaman serba mahal ini dan sebagai pembeli juga anda ada hak untuk membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen