Tak hirau bau busuk, usaha pakcik betulkan saluran najis tersumbat undang sayu

Niat murni seorang warga emas membaiki saluran najis yang tersumbat menjadi bualan warganet.

Demikian susulan mengenangkan keadaan dirinya yang sudah berusia, namun masih gagah menyelam  di dalam lubang berkenaan yang jelas sekali kotor dan berbau busuk.

 

Pakcik menyelam dalam saluran najis

Mengikuti lanjut perkongsian di Facebook, menyaksikan detik pakcik itu masuk ke dalam lubang najis hanya memakai baju t-shirt berlengan panjang dan seluar 'slack'.

 

Malah, dia juga berkaki ayam dan tidak memakai sebarang pakaian keselamatan lain sewaktu melakukan tugas membaik pulih saluran berkenaan.

Air muka nampak penat

Dalam video lain pula, kelihatan warga emas itu duduk sebentar di tepian lubang dalam keadaan bajunya kotor.

Melihat dia tertunduk penat membuatkan ramai sayu kerana dengan usianya yang sudah lajak, namun masih larat untuk melakukan kerja-kerja sedemikian.

 

 

 

"Berat mata memandang"

Menjengah ke ruangan komen, pakcik itu juga dihujani dengan doa dari warganet yang rata-ratanya berharap agar dia sentiasa diberi kesihatan yang baik dimurahkan rezeki.

"Kenapa pakcik buat kerja tu?"

"Harap bayaran setimpal"

"Kat Malaysia ke ni?"

Bagaimanapun, sebilangannya ada yang meragui hantaran tersebut samada berlaku di Malaysia atau luar negara kerana seperti semua sedia tahu di sini terdapat organisasi yang telah ditugaskan untuk menyelenggara sistem kumbahan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen