Dah lebih 26 ribu bekas terjual di Malaysia? JAKIM sahkan jeli 'viral' tak halal

Sejak kebelakangan ini, orang ramai rancak membahaskan tentang status halal produk 'Soft Candy With Jam' yang dijual secara atas talian.

 

Gula-gula 'viral' tak halal

Itu kerana selepas melihat bahan di dalam produk itu mempunyai gelatin babi, walhal terdapat logo halal diletakkan di setiap bekas jeli 'viral' pelbagai perisa itu.

Sijil halal tak diiktiraf

Menerusi  penjelasan oleh pihak JAKIM pula, difahamkan pensijilan halal yang digunakan oleh syarikat berkenaan tidak diiktiraf di dalam Malaysia.

Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

 

Ramai pembeli di Malaysia

Lebih menyedihkan, sumber memaklumkan bahawa produk itu telah terjual lebih 26 ribu bekas dan rata-ratanya dari kalangan orang Islam.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen