Nangis waktu buat kerja sekolah, luahan budak lelaki buat ramai menitis air mata

Betapa luluhnya hati seorang nenek apabila cucunya tiba-tiba meluahkan bahawa dia rindu akan arwah bapanya ketika sedang membuat tugasan sekolah.

 

Nangis ketika buat kerja sekolah

Detik menyentuh hati itu ada dimuat naik oleh neklieza di laman Tiktok yang mana telah membuatkan netizen ikut menitiskan air mata mengenangkan nasib budak lelaki berkenaan.

 

@nekmiee Along.. anak along rindu along.. 😭 #belijiwa❤️❤️❤️ #fypシviralシ #Alfatihah ♬ suara asli - •ɪʀɢɪ🥀

 

Dalam paparan tersebut, kelihatan budak itu nangis teresak-esak sambil menyeka air matanya ketika ditanya punca yang menyebabkan dia gagal menahan kesedihannya.

Luah rindukan ayah

Dedah neklieza, cucunya bernama Danish itu sedih ketika menyiapkan kerja sekolah kerana memerlukan dia menulis perkataan 'Bapa Saya' sepertimana yang diarahkan oleh guru. 

Menurutnya, Danish telah kehilangan ayahnya Ogos tahun lalu, namun tidak memperincikan asbab kematiannya.

"Dengan saya sekali nangis"

Meninjau ke ruangan komen, tak dinafikan ramai akui sedih melihat keadaan budak itu selain berharap agar dia menjadi seorang anak yang kuat dan tabah, meski tanpa ayah di sisi.

 

"Sabar, nanti jumpa ayah di Syurga"

"Abang kena kuat"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen