Agen kosmetik diculik tiga lelaki, penduduk dakwa nampak dibawa naik bot ke negara jiran

Seorang agen kosmetik dipercayai telah diculik oleh sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu petang semalam.

Malah, video rakaman CCTV dari kediaman mangsa yang memaparkan kejadian penculikan itu juga telah tular.

 

 

Diheret lepas mangsa mengaku dirinya Azi

Memetik sumber Berita Harian, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim dilapor dilarikan tiga lelaki tak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Warisnya yang enggan dikenali mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.

"Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.

"Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah, selain mengugut jika mereka buat apa-apa tindakan.

"Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau 'Rambo' menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan."

Dibawa naik bot ke negara jiran

Bagaimanapun, pihaknya ada menerima maklumat bahawa Rosnazirah atau Azi dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara.

Namun, Azi tidak ditemui ketika suaminya tiba di sana.

"Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

"Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini."

Ekoran kejadian itu, polis daerah Tumpat menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen