Tunjuk hebat masuk bawah treler, aksi 'ngeri' pemuda undang kecaman. -"Dah bosan hidup ke?"

Seorang pemuda dihujani pelbagai kecaman dan makian selepas dia bertindak di luar jangkaan apabila dengan beraninya menyelinap masuk ke bawah lori treler.

 

Pemuda buat aksi masuk bawah treler

Detik ngeri itu ada dimuat naik di laman Twitter yang memaparkan aksi 'berani mati' penunggang motosikal terbabit di tengah lebuhraya.

 

 

Tak hirau bunyi hon

Walau bagaimanapun, perbuatannya itu disedari oleh pemandu treler berkenaan dan dia lantas membunyikan hon sebagai tanda menegur kesalahan yang dilakukan itu.

Namun, tak diendahkan sebaliknya pemuda itu bersorak selepas keluar daripada bawah kenderaan berat tadi.

Malas hidup

Meninjau ke ruangan komen, ramai terkejut melihat aksi yang ditunjukkan oleh pemuda itu yang sebenarnya langsung tidak hebat, sebaliknya hanya mengundang bahaya.

"Nasib tak kena gilis"

"Jangan salahkan pemandu pula"

Disebabkan perbuatannya, sebilangan netizen mula paranoid dan menyatakan pandangan mereka untuk tidak saling menyalahkan jika berlaku kemalangan kerana kemungkinan ada kes yang berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal itu sendiri.

 

"Kau tak hebat dik"

 

"Seronok tak bertempat"

 

 

Pun begitu, ada sumber memaklumkan bahawa video yang dimuat naik adalah video lama dan apapun moga perkongsian itu menjadi pengajaran buat penunggang motosikal di luar sana agar tidak melakukan perkara sama.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen