Kes culik ejen kosmetik ada kaitan dengan aktiviti dadah, polis tahan suami bantu siasatan

Kes penculikan membabitkan ejen kosmetik Selasa lalu, polis memaklumkan ada kaitan dengan aktiviti penyuludupan dadah.

 

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, perselisihan faham antara ahli sindiket dipercayai menjadi punca utama ejen kosmetik terbabit dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Kelantan.

"Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan."

 

"Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,"

-Muhammad Zaki-

Polis tahan suami, bantu siasatan

Susulan itu, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen