Tugas sebagai seorang penghantar makanan (rider) atau barang sememangnya mencabar.
Bukan sahaja perlu berdepan dengan ragam pelanggan, malah sikap segelintir penjual juga adakalanya dianggap pentingkan diri.
'Bakers' mengamuk kek rosak
Itu termasuklah saling menyalahkan apabila menerima aduan daripada pelanggan berkenaan produk jualan mereka, sepertimana yang terjadi kepada 'rider' ini.
Dalam ciapan yang dikongsi semula oleh Anastasia, memaparkan hantaran seorang pembuat kek meluahkan betapa marahnya dia apabila mendapati kek yang dikirimkan kepada 'rider' rosak setibanya di rumah pelanggan.
Paksa 'rider' bayar ganti rugi
Disebabkan itu, dia meminta 'rider' berstatus pakcik membayar semula ganti rugi kek berkenaan berharga RM113 yang mana jumlahnya termasuk kos penghantaran berjumlah RM15.
Duit tak cukup
Bagaimanapun, wang pakcik tadi tidak mencukup dan dia hanya dapat ganti semula kek itu sebanyak RM110 sahaja memandangkan mesin ATM tidak menerima wang kertas RM1.
"Kurang ajar gila"
Pun begitu, siapa sangka perkongsian pembuat kek itu sebaliknya menerima kritikan hebat dari wargamaya bilamana rata-ratanya mengatakan bahawa kesalahan itu berpunca dari dirinya sendiri.
Itu kerana sudah tahu kek merupakan barangan yang berisiko rosak, sepatutnya dia memilih untuk menghantarnya sendiri atau mengambil servis penghantaran menggunakan kereta.
"Lainkali hantar sendiri"
"Kenapa ganti caj hantar sekali?"
Lebih malang lagi, ramai menggesa individu itu mengembalikan semula wang pakcik tersebut yang menurut mereka tidak bersalah dalam kejadian menimpa pelanggannya.
"Sedihnya duit poket dia ada RM60 je"
"Pulangkan balik duit uncle tu"
"Sampai hati kau"
"Dia salah faham pasal kek murah"
Berkenaan dengan respon pakcik itu yang mengatakan kek tersebut murah, ada pihak membetulkan semula maksud yang ingin disampaikan sekaligus bagi mengelakkan salah faham.
Tinggalkan Komen