Tiang elektrik dah alih, pihak TNB kata tak tahu JKR buat projek besar jalan?

Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan kejadian pelik bilamana tiang elektrik di sebuah kawasan perkampungan diletakkan di tengah jalan.

Video itu menerima pelbagai respon yang rata-ratanya akui itu merupakan kejadian tak masuk akal dan bagaimanapun projek sebegitu diluluskan.

Tiang elektrik tengah jalan dialih

Bagaimanapun, sumber melaporkan tiang elektrik berkenaan telahpun dialihkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis malam.

 

 

Perkara itu dikongsi oleh Lando Zawawi menerusi hantaran terbaharunya di Facebook yang menyaksikan beberapa keping gambar kerja-kerja mengalih tiang elektrik yang berada di tengah jalan.

Tak tahu projek JKR

Difahamkan, sekitar dua minggu lalu terdapat kerja-kerja pelebaran jalan kawasan tersebut yang dipercayai dilakukan di Hulu Selangor.

Namun begitu, projek tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak TNB sekaligus menyebabkan berlakunya insiden tersebut yang mana sekaligus mengundang bahaya kepada penduduk kampung di situ.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen