Media barat dah sahkan, Ratu Elizabeth II bukan keturunan Nabi Muhammad

Penerbit salasilah golongan bangsawan British memberitahu bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa mendiang Ratu Elizabeth II  ialah keturunan Nabi Muhammad atau daripada keturunan Bani Hashim di Semenanjung Arab.

Ratu Elizabeth II tiada kaitan dengan Nabi Muhammad

Ia bagi menjawab beberapa dakwaan di media sosial berhubung teori yang tular sejak kemangkatan pemerintah Britain itu pada 8 September lalu.

Menurut sumber, teori itu muncul sejak tahun 2018 lagi selepas seorang ahli sejarah menulis artikel untuk saluran Maghribi yang mengesahkan dakwaan bahawa Ratu Elizabeth II berketurunan Nabi Muhammad SAW.

Kenali Puteri Zaida, tokoh penting yang kaitkan Nabi dengan keluarga Ratu Elizabeth II

Antara individu yang terkait di dalam teori itu adalah Puteri Zaida yang merupakan seorang tokoh penting yang mengaitkan keluarga Ratu Elizabeth II dengan Nabi Muhammad SAW.

Beliau digambarkan sebagai seorang pelarian Islam yang melarikan diri dari Seville sebelum memeluk agama Kristian dan dikenali sebagai Isabella serta dianggap oleh sesetengah pihak sebagai anak perempuan pemerintah Seville, Al-Mutamid Ibn Abbad yang didakwa keturunan Bani Hashim.

Salah seorang anak Puteri Zaida berkahwin dengan Richard dari Conisbrough, Earl Cambridge ketiga pada abad ke-14 dan dikatakan sebagai nenek moyang kepada Ratu Elizabeth II.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen