CCTV bongkar sikap orang gaji, sering kasari anak majikan dan makin malas lepas bercinta

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, kebiasaannya mereka akan menghantar anak ke rumah pengasuh atau membayar orang gaji yang mana tugasnya termasuk menjaga dan menguruskan rumah.

Jadi, mereka pastinya berharap anak-anak selamat di bawah jagaan individu berkenaan sementara masing-masing keluar bekerja nanti.

CCTV bongkar sikap orang gaji

Begitulah juga yang diharapkan oleh pasangan suami isteri ini, namun entah bagaimana hatinya tergerak untuk memasang kamera tersembunyi (CCTV) di rumah bagi memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan baik.

  

@faye.cathauz tolong jangan sampe kejadian sama kalian ya, namanya rohaeti orang cianjur, di ktp kelahiran 1973, awalnya kerja baik² sama kita tapi bbrp bulan terakhir kenal sama cowok dari snack video dan dijanjikan akan diseriusin dan dia tergiur padahal ketemu aja blm pernah, kerjaannya hanya live dab vc sampe subuh, jadi kerja sama kita sering pegang hp, ditegur ga terima klimaksnya kemarin tgl 13 sept dia ternyata berlaku kasar sama anak bungsu saya #fyp #babysitterjahat #pembantujahat ♬ suara asli - faye.cathauz

 

Pun begitu, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati anak bongsunya diperlakukan dengan kasar oleh pembantu rumahnya.

Berubah lepas bercinta

Dedah wanita itu, pembantu rumahnya mulai menunjukkan perangai peliknya sejak beberapa bulan lalu iaitu selepas dia mengenali seorang lelaki di dalam sebuah aplikasi.

Malah, dia juga kerap bermain telefon dan membuat panggilan video daripada melakukan kerja-kerja di rumah, sedangkan tugasnya cuma perlu menjaga anak bongsunya sahaja memandangkan dia masih kecil dan perlu sentiasa diperhati.

Kekasih janji nak kahwin

Lebih mengejutkan, lelaki itu telah menjanjikan bermacam-macam perkara termasuklah ingin menikahi pembantu rumahnya ini, walhal tak pernah berjumpa sekali pun.

Bagaimanapun, difahamkan pembantu rumahnya sudahpun diberhentikan khidmatnya.

 

@faye.cathauz Membalas @ayambebeknila_kq5 ♬ Buah Hati - Instrumental - Armada

 

Rentetan peristiwa yang menimpa, dia berharap agar pihak di luar sana sentiasa memantau kerja-kerja pembantu rumah.

Itu bukan bermakna kita tak percayakan mereka, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum insiden lain pula yang terjadi.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen