Dah cuba bermacam produk, isteri buntu buktikan suaminya tulen. -"Dia memang lelaki..."

"Dia memang lelaki"

Demikian antara luahan seorang isteri yang berkali-kali keluar daripada mulutnya bagi menyangkal dakwaan orang ramai berhubung jantina suaminya.

 

Tak tahu nak terangkan

Menurut Nur Izza'ain, sejak videonya dan suami viral di Tiktok, jumlah pengikut di platform berkenaan bertambah yang mana rata-ratanya akui curiga dengan suaminya yang disangka seorang wanita.

"Kenapa orang ingat dia perempuan...sejak hari tu followers saya terus naik..."

"Saya pun tak tahu macam mana nak terangkan  lagi..."

 

@bebecat0

tak faham nape suami lagi comel dr aku

♬ original sound - seren ✵ / mystiques_gf

 

"Saya takdelah tertekan..."

Tidak berdiam diri, Muhammad Luqman yang juga merupakan suami kepada Ain memberitahu bahawa dia sudah lali dengan situasi sebegitu.

Malah, ada yang pernah menggelarkannya kakak disebabkan wajahnya yang feminin dan tidak menyangka perkara itu mendapat perhatian ramai.

"Saya tak tertekan bila ditanya jantinan sebab dah biasa cuma tak sangka satu Malaysia pula yang tanya."

Dah cuba produk tumbuh misai, jambang

Tambah Luqman, sebelum ini dia ada mencuba beberapa produk untuk misai dan jambang tetapi usahanya itu gagal dan kini bercadang untuk menggunakan kaedah 'tanam' pula.

"Ada lah juga usaha tapi memang tak ada juga jambang, mungkin lepas ni kena tanam pula."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen