Nama Ustaz Azhar Idrus bukanlah lagi asing dalam kalangan pendakwah serta penceramah bebas yang ada di Malaysia.
Beliau yang juga sangat ramah dan sentiasa ceria membuatkan penonton terhibur, malah cara penyampaian dakwahnya yang bersahaja juga membuatkan ramai menyenanginya.
Pegang janggut UAI lepas bersalam
Namun, itu bukan bermakna kita boleh melakukan sewenang-wenangnya sepertimana yang dilakukan oleh pemuda di dalam video ini.
Lelaki pegang janggut Azhar Idrus ditenung tajam oleh pengiring
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) September 18, 2022
PETALING JAYA – Tindakan spontan seorang lelaki memegang janggut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika sesi bersalaman telah menerima tenungan tajam oleh pegawai pengiring yang bertugas.
Video by Fyfa Dhaus pic.twitter.com/WHl7VSTr3n
Menerusi sorotan berdurasi 31 saat itu, memaparkan tindakan spontan seorang lelaki berbaju putih memegang janggut Ustaz Azhar Idrus selepas bersalaman dengannya.
Sempat ditenung 'bodyguard'
Kejadian itu benar-benar di luar jangkaan, namun siapa sangka ia disedari oleh pengiring yang berdiri di belakang penceramah berkenaan.
Cuma, dia tidak sempat mengejar dan hanya biarkan lelaki itu pergi meninggalkan kawasan berkenaan.
"Agak tak sopan"
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berpendapat tindakan lelaki itu agak keterlaluan dan biadap.
Tinggalkan Komen