Punya takut 'Iphone' calar, lelaki gigih masukkan semula dalam kotak lepas guna

Setiap barangan yang dibeli dengan hasil duit kumpul sememangnya mempunyai aura luar biasa, lebih-lebih lagi apabila harganya mencecah ribuan ringgit.

Mereka akan lebih berhati-hati menjaga dan menguruskan barangan tersebut demi memastikan kondisinya sentiasa berada dalam keadaan baik sepertimana mula-mula diperolehnya.

 

Gigih masukkan kotak lepas guna

Misalnya seperti yang dilakukan lelaki ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh pemilik akaun 'serkop merah' di laman Tiktok.

 

@serkopmerah #doubleiphone13promax dlm poket kanan kiri😸😸 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ TIBA TIBA X NGAMEN 5 NDOO LIFE - MIMIEEE 🤺

 

Dalam video yang diambil secara sembunyi itu, menyaksikan gelagat lelaki berkenaan memasukkan telefon jenama Iphone model terbaharu di dalam kotak semula selepas melihatnya.

Lebih mengejutkan, kotak yang berisi telefon tadi diletakkan pula di dalam poket seluarnya sebelum kembali menyambung kerjanya.

 

"Manfaatkan kotak"

Meninjau ke ruangan komen, ramai mentertawakan lelaki itu susulan melihat caranya yang begitu sayangkan telefon sehingga rela menyusahkan diri sendiri.

"Susahlah kalau orang call"

"Kalau aku pun macam ni"

Walau bagaimanapun, rata-ratanya faham akan situasi berkenaan dan tak dinafikan ada juga individu di luar sana mempunyai keperibadian sepertinya.

"Sayang giler tu weyh"

"Tak pernah aku terfikir"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen