Bapa terpaksa pinjam Ah Long tanggung kos belajar? Luahan pelajar IPT jadi bualan ramai

Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah dalam memastikan segala keperluan untuk keluarganya mencukupi, termasuklah menyediakan kemudahan untuk pendidikan anak-anak.

Namun, mengenangkan keadaan ekonomi ketika ini, tak dinafikan ramai terkesan sehingga ada yang berani mengambil risiko dengan membuat pinjaman daripada Ah Long.

 

Terpaksa pinjam Ah Long

Kisah itu telahpun tular di Twitter yang mana perkongsian tersebut ada dimuat naik oleh pemilik akaun @pedoq sekaligus menjadi perhatian dan bualan ramai.

 

Situasi yang mendorong si bapa berbuat demikian selepas mendapati permohonan anaknya memasuki kolej tidak berjaya kerana penempatan yang terhad.

Justeru itu, dia terpaksa menyewa rumah di luar kampus dengan harga deposit dan bulanan yang agak mahal bagi mereka sekeluarga.

Universiti lepas tangan?

Lebih menyedihkan, pelajar berkenaan memberitahu aduan telah dibuat, namun respon pihak universiti pula sepertinya lebih memberi tekanan kepada pelajar apabila mereka meminta untuk mengurusnya sendiri.

Enam kategori pelajar berkeperluan dibenar kembali ke kampus bermula 1 Mac  - Semasa | mStar

 

"Sebak rasanya"

Melihat situasi yang menimpa pelajar berkenaan membuatkan ramai luah sebak, lebih-lebih mengenangkan pengorbanan si ayah demi memastikan anaknya mendapati pendidikan sempurna.

"Kenapa tak mohon zakat, PTPTN?"

 

UiTM tubuh organisasi tangani krisis rumah sewa

Sementara itu, Berita Harian semalam melaporkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membentuk satu Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa.

Fungsinya adalah untuk bertindak serta merta mencari resolusi terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.

Pada masa sama, UiTM juga menyediakan 107,000 tempat di kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen