Aktiviti berbasikal dilihat semakin mendapat perhatian ramai, malah ada yang sanggup melabur ribuan ringgit bagi membelanjakan kelengkapan keselamatannya.
Namun, mungkin ramai lupa bahawa keselamatan itu juga bergantung kepada sikap penunggangnya sewaktu beraksi.
Geng basikal bermaharajalela
Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat dilihat menerusi hantaran 'putuyi' di laman Tiktok yang menyaksikan tindakan sekumpulan geng basikal di jalan utama.
@putuyi_ orang nak main basikan kau nak main lepastu gunakan jalan raya untuk kau berbasikal, membahayakan nyawa sendiri .. Lokasi mrr2 #fyp ♬ original sound - githaks - Boreg
Mereka tanpa rasa bersalah dengan selambanya berbasikal di laluan berkenaan yang mana sekaligus telah menyukarkan kenderaan untuk bergegas.
"Roadbike memang kayuh atas jalan"
Walau bagaimanapun, perkongsian itu mendapat sindiran pula daripada warganet yang mana mereka dilihat seolah-olah memihak kepada geng basikal berkenaan.
"Aku berbasikal kat laut"
"Baru duduk bandar ke?"
"Nanti saya berbasikal kat mall"
"Banyak jalan yang elok"
Namun, tak kurang juga yang menyelar komen berkenaan dan akui perbuatan yang dilakukan oleh geng basikal itu menyalahi undang-undang.
"Bukan tempat gadai nyawa"
Tinggalkan Komen