"Risau jadi mangsa..."-Bekas Ketua Polis Negara beri amaran, larang rakyat ke Thailand?

Umum sedia tahu bahawa kini negara Thailand menjadi destinasi pilihan kebanyakan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.

Lebih menakjubkan, tiket penerbangan yang ditawarkan juga adalah lebih murah dan iklan yang mempromosikan percutian ke sana juga dilihat tersebar dengan meluas. 

 

Risau jadi mangsa?

Walau bagaimanapun, perkara itu dipandang serius oleh bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan apabila beliau menggesa rakyat Malaysia agar tidak bercuti ke Thailand.

Ujarnya, gesaan tersebut dibuat khusunya kepada mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana beliau mendakwa mereka akan diculik, dijadikan buruh paksa, bahkan organ mangsa juga dijual.

@malakattribune Seram pula dengar #malakattribune #TrendingNewsMalaysia #buruhpaksa ♬ For movie / picture / action / suspense - G-axis sound music

 

"Saya dapatkan maklumat-maklumat daripada wakil ASEAN di Bukit Aman. Saya nak tahu siapakah sindiket yang ada di negara kita sendiri, yang mengatur perkara ini supaya mereka dapat ditangkap. Semua mengambil tindakan."

-Tan Sri Musa Hassan-

Kerajaan diminta berjaga-jaga

Dalam  waktu sama, beliau juga memohon kerajaan agar mengambil langkah berjaga-jaga berhubung perkara tersebut.

"Saya ingin menguar-uarkan perkara ini benar. Jangan kita sendiri suka-suka hendak pergi ke negara ini."

"Pihak Perdana Menteri dimohon mencegah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah pergi negara tersebut."

-Tan Sri Musa Hassan-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen