Papan tanda 'mini' dah cabut, pihak syarikat respon orang ramai. -"Sebab kawasan terhad..."

Papan tanda yang dipasang di Lebuhraraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) disahkan mengikut piawaian ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Perkara itu dinyatakan oleh Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi anak syarikatnya, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd.

Papan tanda 'mini' dah cabut

Bagaimanapun, bertindak atas maklum balas orang ramai, difahamkan papan tanda berkenaan telah dicabut serta merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuhraya berkenaan.

“Walau bagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta-merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan.”

 

Kekangan kawasan 

Menurut pihak syarikat, papan tanda berkenaan dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang.

Itu sebagai inisiatif yang diambil pihak perunding dilantik dan syarikat, satu lagi papan tanda tambahan.

"Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada."

Nafi dakwaan lebuhraya SUKE tak selamat

Dalam pada itu, pihaknya juga menyangkal dakwaan terdapat bahagian lebuh raya tersebut tidak selamat digunakan dan sedia mendengar maklum balas dari pengguna sekiranya terdapat masalah lain yang berlaku.

 

@bob_yp Punyala kecik signboard #fyp #fypシ #fypシ゚viral #bobyp #teambobyp #fastthrottle #rltracing #mrsbobyp #runner #fypシ ♬ original sound - Bob Yp

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen