Ibu terharu anak tak banyak karenah, cuma nak kongsi rezeki dengan kawan lama waktu ulang tahun

Meskipun lahir dalam keluarga serba cukup dan mewah, namun permintaan seorang anak di hari ulang tahunnya membuatkan ibu sebak dan dalam waktu sama bangga dengan keprihatinannya.

Sambut ulang tahun dengan kawan lama

Berkongsi detik bermakna itu di Tiktok, wanita berkenaan memaklumkan bahawa anaknya cuma berharap agar dapat menyambut ulang tahunnya di sekolah lama bersama kawan-kawan kelasnya sebelum ini.

  

@afzalizahazizan

Sucinya hatimu wahai anak😭

♬ Sahabat Tak Akan Pergi - Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

 

Siap bawa hadiah mahal! 

Lebih membanggakan, selain menjamu mereka dengan makanan, anaknya turut membawa hadiah untuk diberikan kepada kawan-kawannya itu dan jika dilihat beg plastik yang dibawa oleh anaknya juga bukan dari jenama yang murah.

Dia sebagai ibu akui sebak kerana tidak menyangka anaknya berfikiran sejauh itu, walhal dia boleh meminta mainana atau barangan yang mahal selain menyambut hari istimewa itu di tempat yang mahal.

Peribahasa Melayu ada berbunyi 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya' yang sebenarnya ingin memberitahu kepada kita bahawa sikap ibu bapa merupakan cerminan buat anak-anak.

"Tahniah ibu ayah"

Meninjau ke ruangan komen, ramai luah kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu yang pastinya dididik oleh ibu bapa yang hebat.

 

"Bagus, ingat kawan"

"Kecil2 berhati mulia"

"Sejuk perut ibu"

Malah, mereka juga mendoakan agar dia terus menjadi anak yang taat dan insan yang baik apabila menginjak dewasa nanti.

"Sentiasa berhati baik"

"Moga jadi anak soleh"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen