Zahid Hamidi bebas 40 pertuduhan kes rasuah

Sepertimana kita sedia tahu, hari ini merupakan hari penentuan buat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 40 kes rasuah yang dihadapi olehnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, berkaitan kontrak syarikat terbabit sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN).

 

Zahid Hamidi bebas tuduhan rasuah

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk melepaskan serta membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua pertuduhan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

 

Untuk makluman, sebelum ini media melaporkan Ahmad Zahid berdepan 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan.

Manakala, tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen