Lantang tegur pemimpin negara pasal rasuah, ucapan berani Sultan Perak jadi bualan. -"Ini kita cari!"

Sempena hari pelancaran buku terbaharu hasil karya Prof Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dijemput bagi merasmikan hari bermakna itu, semalam.

 

Sultan Nazrin puji penulis buku

Di kesempatan itu, baginda juga telah menyampaikan ucapannya berhubung konteks di dalam buku tersebut selain menyifatkan penulisnya seorang yang sangat berani.

Ia selepas mendapati penulis itu dengan beraninya mengaitkan perkataan 'rasuah' dan 'munafik' dengan politik Melayu dalam bukunya terbaharunya yang bertajuk 'Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu Islam-Kedekatan Transformasi Moral-Etika.'

Sultan of Perak: Corruption is a disease, don't take it lightly or try to  justify it | The Edge Markets

"Penulis memilih dua kata kunci-rasuah dan hipokrit- dengan berani mengaitkan dua kata kunci yang kuat ini dengan politik Melayu untuk jadi sebahagian daripada tajuk buku."

"Ketidaklangsungan ini mencerminkan pendekatan berhati-hati yang tipikal. Sesungguhnya, pendekatan pengarang mewakili pendekatan baharu yang di luar kotak budaya masyarakat."

"Penulis berdepan risiko menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat Melayu, terutamanya mereka yang terasa panas, kononnya."

-Sultan Nazrin-

Lantang bersuara tentang rasuah

Dalam waktu sama, baginda turut mengulas isu rasuah yang makin membimbangkan dalam negara ketika ini dan tidak lokek menghujahkan pendapatnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan berani.

“Rasuah mengakibatkan pembangunan tidak mampan, pencemaran alam sekitar, pengagihan kekayaan yang tidak sama rata dan tidak saksama, dan ketirisan sumber negara,”

“Rasuah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama ekonomi terbantut; kehilangan minat dan keyakinan pelabur asing; peningkatan kos pentadbiran dan perniagaan; menafikan akses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat; serta menyumbang kepada ketidakstabilan politik."

 

 

 

"Boleh jadi Agong"

Bagaimanapun, siapa sangka ucapannya kini menjadi bualan dan telahpun 'trending' di Twitter bilamana rata-ratanya mengagumi keberanian Sultan Nazrin berbuat demikian.

"Indah kata-katanya"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen