Seorang lelaki yang bertindak memaki hamun serta mengugut penghantar makanan sebelum ini akhirnya dikenakan tindakan oleh pihak universiti.
Pihak universiti ambil tindakan
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Malaysia University of Science & Technology (MUST) menerusi satu kenyataan rasmi di halaman Facebook mereka.
Tak ada perjanjian dengan syarikat Grab
Dalam kenyataan sama, pihak universiti juga menafikan dakwaan ada perjanjian dengan syarikat Grab, sepertimana yang didakwa oleh lelaki dalam video tular.
"Pihak pengurusan universiti yakin kenyataan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah sepenuhnya tanggungjawab oleh beliau dan bukan daripada pihak universiti."
Marah 'rider' sebab kecuaian sendiri
Terdahulu, tular sebuah video menyaksikan perbuatan kurang sopan seorang lelaki memarahi penghantar makanan hanya disebabkan lokasi penghantaran tidak ditemui.
Namun begitu, difahamkan kesalahan itu berpunca daripada kesilapan lelaki itu yang gagal pin lokasi penghantaran dengan betul sekaligus telah menyukarkan pihak penghantar menjejaki pelanggan.
Tinggalkan Komen