Kepelbagaian jenis makanan yang ada di Malaysia pastinya membuatkan kita jadi tak keruan.
Namun, memang tak dinafikan ada beberapa harga makanan tersebut dilihat agak mahal dan ada juga yang tidak setanding dengan saiz hidangan.
Leka makan sampai kena tegur
Jadi, tidak hairanlah jika orang ramai beratur di luar kedai apabila ada promosi kerana tidak selalu peluang datang sebegitu.
Misalnya sepertimana yang dikongsi oleh pemilik akaun Tiktok 'zyehuzaina' sewaktu berkunjung ke restoran makanan Jepun, Sushi King.
@zyehuzaina Sampai kene ‘halau’ weh 🤣🤣🤣 #sushiking #sushibonanza #sushikingmalaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Laper Laper Ha - Faiha
Ketika itu, restoran berkenaan mengadakan promosi yang dinamakan sebagai 'Sushi Bonanza'.
Boleh dikatakan, itu merupakan peluang sangat bermakna buat penggemar makanan Jepun kerana harga makanan yang dikenakan agak murah berbanding waktu biasa.
"Memang Bonanza ada limit waktu"
Walau bagaimanapun, siapa sangka gadis ini ditegur pula oleh staf restoran berkenaan setelah mendapati keberadaan mereka di situ telah melebihi dari waktu yang ditetapkan.
"Kat tempat saya 40 minit je"
"Tempat aku tak ada limit"
Namun, ada juga yang memaklumkan bahawa sesetangah cawangan tidak memperuntukkan waktu untuk pelanggan yang datang, barangkali disebabkan tidak terlalu ramai pengunjung ketika itu.
"Elok je dia tegur"
Meskipun begitu, mereka tidak membantah sebaliknya mengakui kesilapan tersebut, malah cara pekerjanya menegur juga dipuji kerana beradab.
Tinggalkan Komen