Selindungilah Aib Agar Rumah Tangga Bahagia.

Sudah menjadi lumrah kehidupan berumah tangga, selepas hidup bersama bertahun-tahun, pastinya kita akan mengetahui akan baik buruk seorang pasangan. Kita sendiri mempunyai aib yang perlu disembunyikan oleh pasangan. Bukan segala hal boleh kita kongsikan bersama dia. Ini bagi menjaga keharmonian dalam berumah tangga.



Kita dianjurkan agar menutup aib sendiri. Segala yang sudah berlalu sebelum berkahwin dengan suami atau isteri hendaklah disimpan baik-baik. Teruskan memperbaiki diri dari masa ke semasa agar kita dapat membina hidup baru dengan pasangan, seterusnya membina generasi yang lebih baik setelah berkahwin. Bukankah itu lebih selamat daripada kita membuaka aib sendiri sehingga dapat menyakiti perasaan pasangan malah membuat pasangan curiga terhadap kita.

Hal rumah tangga, dibuka jangan. Apabila kita membuka aib pasangan, sebenarnya kita telah membuka aib sendiri tanpa kita sedari. Iyalah. Apabila kita menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain, seolah-olah kita tidak pandai menguruskan hal rumah tangga sendiri. Malah lebih memalukan apabila cerita itu diketahui oleh ramai orang. Maaf saya katakan, itu menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Kata imam as-Syafie: “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, bererti dia telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.”

Begitu jualah kita hidup berumah tangga, apabila kita mempunyai masalah, selesaikanlah masalah tersebut antara kita dan pasangan sahaja. Kita juga hendaklah menyembunyikan perbalahan tersebut dihadapan anak-anak dan keluarga yang terdekat.


Apabila seorang anak melihat perbalahan antara ibu bapa, bukankah kita sebenarnya telah menghancurkan dirinya. Hidupnya tersiksa melihat perbalahan tersebut. Adalah lebih baik kita masuk ke dalam kamar atau keluar rumah bersama pasangan, berbincang secara aman agar perkara tersebut dapat dijaga dengan baik bahkan orang pun tidak akan mengetahui keaiban dalam berumah tangga. Tunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak-anak, dan jangan sekali memburukkan ibu atau ayah mereka.

Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan juga, adalah lebih baik kita merujuk kepada pakar. Pergi ke pejabat agama Islam. Mereka menyediakan perkhidmatan kaunseling agar permasalahan rumah tangga dapat disediakan. Rujuklah dengan mereka supaya kita dan pasangan dapat hidup bersama seperti biasa kembali.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen