Pukul warga emas himpit motor, ramai berdebat pertikai tindakan 'rider'. -"Salah tapi kesian..."

Pujangga Melayu ada berbunyi, yang tua dihormati sementara yang muda pula disayangi.

Namun, itu bukan bermakna kita sebagai orang muda perlu berdiam jika ditindas atau diperlakukan sewenang-wenangnya oleh mereka.

Pukul warga emas tengah jalan

Misalnya sepertimana yang menimpa pemuda ini yang juga merupakan seorang penghantar makanan.

 

 

Dalam sorotan berdurasi 23 saat itu, memaparkan tindakan  berani pemuda berkenaan menyerang seorang pemandu wira selepas motosikalnya terjatuh akibat dihimpit.

"Ada cara nak bincang"

Namun begitu, perbuatannya menjadi perdebatan pula dalam kalangan netizen apabila mendapati pemandu berkenaan rupanya golongan warga emas berbangsa Cina.

Ada yang berpendapat tindakan memukul sebenarnya telah melampaui batas dan itu mungkin akan merisikokan diri sendiri walaupun kesalahan berpunca dari pihak pemandu.

 

"Kesian tengok apek ni"

 

 "Itu cara nak ajar"

Dalam waktu sama, tak kurang juga yang memihak kepada 'rider' tersebut dengan alasan pemandu seperti itu sepatutnya 'diajar' agar lebih berhati-hati.

 

"Tak payah memandu lah"

Lebih selamat adalah sebaiknya tidak memandu langsung, terutamanya apabila umur sudah sesuai digelar warga emas yang rata-ratanya mempunyai masalah mata dan sebagainya.

 

 

Memetik laporan Majoriti, 'rider' berkenaan bagaimanapun telah ditahan reman selama 3 hari dan didakwa di bawah Seskyen 325 Kanun Keseksaan kerana mandatangkan cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Asisten Komisoner Soffian, dia juga mengaku tidak bersalah serta meminta untuk dibicarakan.

Sementara, warga emas terbabit pula mengalami kecederaan parah di muka serta di kedua belah tangan dan lutut kanan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen