Lampu masih merah, lelaki mengamuk tetap suruh kereta depan jalan

Sudah terang lagi bersuluh bahawa langgar lampu isyarat merah adalah kesalahan lalu lintas, namun masih ramai lagi yang melakukannya.

Lebih malang lagi, ada pula yang sewenang-wenangnya mengajak orang lain bertindak melakukan hal yang sama.

 

Paksa kereta depan jalan

Misalnya sepertimana yang dilakukan oleh individu ini bilamana dia 'memaksa' kereta di hadapannya untuk jalan sedangkan lampu isyarat ketika itu masih merah.

 

 

Siap turun kereta, marah orang depan

Disebabkan hon pun tak 'jalan', jadi dia bertindak untuk turun dari kereta dan bercakap terus kepada pemandunya dengan agar dia segera bergerak.

Walau bagaimanapun, tindakannya tidak mengubah keputusan pemandu kereta di hadapannya yang tetap ingin menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

 

"Bagi dia kerja JPJ"

Bukan itu sahaja, tindakan berani individu tadi juga menjadi bahan tawa netizen apabila rata-ratanya akui itu merupakan tindakan tak masuk akal.

 

"Tak pergi sekolah ke?"

"Betul dah kereta merah tu"

"Boleh jalan lah..."

Namun begitu, segelintirnya pula berpendapat bahawa kenderaan dibenarkan jalan sekiranya tiada kenderaan, hatta lampu isyarat masih berwarna merah.

"Boleh ke JPJ?"

Secara tidak langsung, hal itu menjadi perdebatan dalam kalangan warga netizen sehingga ada yang 'tag' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjawab kekeliruan ramai.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen